Jiwa Music

Monday 31 August 2015

Nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Novel Lestari Bukit Menghijau


Umum kita ketahui bahawa setiap karya seperti drama, novel ,cerpen dan sebagainya akan menerapkan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca. Sehubungan dengan itu,terdapat lima nilai murni yang mungkin boleh dijadikan panduan oleh para pembaca. Antara nilai murni yang terdapat di dalam Novel Lestari Bukit Menghijau adalah bertanggungjawab, cinta akan alam sekitar, peramah, kasih sayang dan baik hati. Di sini akan saya terangkan satu persatu nilai murni tersebut dan contoh peristiwa.

1. Bertanggungjawab

Bagi nilai yang bertanggungjawab kita dapat lihat nilai ini di dalam diri Pak Tua. Pak Tua berasa bertanggungjawab akan menjaga kelestarian flora dan fauna daripada pupus, kerana dia beranggapan bahawa jika dia tidak berusaha untuk menjaga alam sekitar, nescaya generasi akan datang tidak akan merasai flora dan fauna yang ada ketika ini, kerana kesemua itu telah pupus.Contoh peristiwa,Pak Tua melarang orang kampung daripada merosakkan pokok-pokok atau menangkap haiwan yang terdapat di Bukit Bintangor,sebaliknya mereka boleh jadikan Bukit Bintangor sebagai pusat penyelidikan ataupun pusat pelancongan.

2. Cinta akan alam sekitar

Pak Tua sebenarnya merupakan seorang yang cinta akan alam sekitar. Buktinya, Pak Tua berusaha sedaya upaya untuk melestarikan alam sekitar daripada pupus. Contoh peristiwa, Pak Tua menegah Zahiran daripada menebang pokok bunga cempaka.

3. Baik Hati

Pak Tua juga merupakan seorang yang baik hati. Pak Tua sanggup mengeluarkan belanja untuk membiayai bil perubatan Hamzah iaitu kawan kepada Zahiran.

4. Kasih Sayang

Nilai kasih sayang Pak Tua dapat dilihat dalam diri Pak Tua apabila Pak Tua menjaga Zahiran seperti anaknya. Pak Tua menanggap Zahiran sebagai anaknya dan selalu bersama Zahiran.

5. Peramah

Sifat peramah dapat dilihat di dalam diri Pak Tua. Sewaktu Zahiran melalui laluan yang merentasi Bukit Bintangor dia terlihat Pak Tua sedang terkial-kial membaiki sesuatu, Zahiran mempelawa dirinya untuk membantu Pak Tua. Sepanjang Zahiran menolong Pak Tua menukar tayar jipnya yang pancit, Pak Tua berborak dengan Zahiran.


    




Tuesday 18 August 2015

Nilai murni yang terdapat pada Novel Catatan Cinta Seorang Isteri

Salam sejahtera penulis ucapkan kepada pembaca blog, Hari ini penulis ingin berkongsi ilmu dengan pembaca tentang peta pemikiran yang diperkenalkan oleh Program I-THINK.
Apakah kebaikan/kepentingan peta pemikiran? Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran mampu membantu menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik.  Peta Pemikiran adalah merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Antara jenis peta pemikiran yang dicadangkan di dalam pengaplikasian program ini adalah Peta BulatanPeta BuihPeta Buih BergandaPeta Pokok , Peta Dakap , Peta AlirPeta Pelbagai Alir dan Peta Titian.

Rentetan itu, penulis telah mengadaptasikan pengetahuan ini dalam tugasan penulis iaitu mencoret tentang nilai nilai murni yang terdapat pada novel Cacatan Cinta Seorang Isteri . 
Peta dibawah ini dikenali sebagai peta buih. Sebagai pengetahuan pembaca, dalam buih tersebut hanya boleh letak kata adjektif saahaja.
Huraian untuk nilai-nilai tersebut akan dihuraikan untuk pembaca.

Nilai Kepercayaan kepada Tuhan

  • Meidya tetap mengerjakan solat walaupun tinggal di luar negara dan masjid tersebut agak berlainan di negara asalnya.

Nilai Kasih Sayang
  • Keluarga Meidya tidak memaksa Meidya untk berkahwin sebaliknya ibu dan bapanya membiarkan Meidya untuk membuat keputusan untuk berkahwin dengan pemuda yang dia berhubung secara atas talian.
  • Meidya yang murung selepas bersalin bersetuju untuk tidak balik ke Malaysia kerana ingin di sisi suaminya walaupun suaminya ketika itu kekangan  kewangan dan masa kerana masa itu suaminya masih melanjutkan pengajian dan bekerja sampingan sebagai  penolong pensyarah di kampus.
  • Meidya memeluk anak-anaknya ketika anak-anaknya bersedih atau bersedih sebagaimana ibunya memeluknya ketika sedih. Menurutnya, pelukan dapat menyalurkan tenaga ketenangan dan kedamaian daripada orang yang memeluk kepada orang yang dipeluk .
  • Meidya setia menunggu suaminya balik bekerja walaupun jam telah menunjukkan lewat malam kerana suaminya ingin meluangkan masa berdua-duaan kerana ketika itu anak-anak mereka sudah tidur dengan nyenyak.

Nilai Bertanggungjawab
  • Meidya menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan melahirkan dua cahaya mata untuk suaminya. Bukan itu sahaja Meidya juga sentiasa menjaga keluargannya dengan memastikan semua makaan-minum suami dan anak-anak disedikan dan dipenuhi. Keadaan di rumah pula sentiasa kemas dan bersih.

Nilai Kerajinan.
  • Nurhidajat  Suami kepada Meidya bertungkus-lumus menyara keluarga mereka sehingga terpaksa berkerja sampai lewat malam
  • Selepas selesai ijazah sarjana sasteranya di Chicago,Nurhidajat iaitu suami kepada Meidya  menyambung pengajiannya di peringkat Phd di Alabama.

Nilai Tabah
  • Meidya sungguh tabah menghadapi masalah besar ini terbukti apabila dia tetap tinggal di kediaman sendiri di bandar Mobile di Alabama ketika dilanda taufan Katrina, elektrik terputus pada musim panas, lima bulan selepas dilanda taufan Katrina apartmen mereka terbakar  dan kereta dilanggar dari berlakang sehingga menyebabkan trauma untuk sementara waktu

Nilai Baik hati/tolong menolong
  • Meidya memberi kuih-muih kepada jirannya, Mary dan juga ikhlas menolong Mary menyediakan makanan untuk majlis yang diadakan oleh Mary
 Apakah yang pembaca faham dengan nilai-nilai tersebut? Sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi fahaman tentang nilai-nilai yang telah penulis nyatakan, penulis akan muat turun video yang mengandungi nilai-nilai tersebut.


Nilai Kepercayaan kepada Tuhan


Nilai Kasih Sayang dan Nilai Bertanggungjawab


Nilai Kerajinan 


Nilai  Tabah

Nilai Baik Hati/ Tolong Menolong