Monday, 31 August 2015

Nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Novel Lestari Bukit Menghijau


Umum kita ketahui bahawa setiap karya seperti drama, novel ,cerpen dan sebagainya akan menerapkan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca. Sehubungan dengan itu,terdapat lima nilai murni yang mungkin boleh dijadikan panduan oleh para pembaca. Antara nilai murni yang terdapat di dalam Novel Lestari Bukit Menghijau adalah bertanggungjawab, cinta akan alam sekitar, peramah, kasih sayang dan baik hati. Di sini akan saya terangkan satu persatu nilai murni tersebut dan contoh peristiwa.

1. Bertanggungjawab

Bagi nilai yang bertanggungjawab kita dapat lihat nilai ini di dalam diri Pak Tua. Pak Tua berasa bertanggungjawab akan menjaga kelestarian flora dan fauna daripada pupus, kerana dia beranggapan bahawa jika dia tidak berusaha untuk menjaga alam sekitar, nescaya generasi akan datang tidak akan merasai flora dan fauna yang ada ketika ini, kerana kesemua itu telah pupus.Contoh peristiwa,Pak Tua melarang orang kampung daripada merosakkan pokok-pokok atau menangkap haiwan yang terdapat di Bukit Bintangor,sebaliknya mereka boleh jadikan Bukit Bintangor sebagai pusat penyelidikan ataupun pusat pelancongan.

2. Cinta akan alam sekitar

Pak Tua sebenarnya merupakan seorang yang cinta akan alam sekitar. Buktinya, Pak Tua berusaha sedaya upaya untuk melestarikan alam sekitar daripada pupus. Contoh peristiwa, Pak Tua menegah Zahiran daripada menebang pokok bunga cempaka.

3. Baik Hati

Pak Tua juga merupakan seorang yang baik hati. Pak Tua sanggup mengeluarkan belanja untuk membiayai bil perubatan Hamzah iaitu kawan kepada Zahiran.

4. Kasih Sayang

Nilai kasih sayang Pak Tua dapat dilihat dalam diri Pak Tua apabila Pak Tua menjaga Zahiran seperti anaknya. Pak Tua menanggap Zahiran sebagai anaknya dan selalu bersama Zahiran.

5. Peramah

Sifat peramah dapat dilihat di dalam diri Pak Tua. Sewaktu Zahiran melalui laluan yang merentasi Bukit Bintangor dia terlihat Pak Tua sedang terkial-kial membaiki sesuatu, Zahiran mempelawa dirinya untuk membantu Pak Tua. Sepanjang Zahiran menolong Pak Tua menukar tayar jipnya yang pancit, Pak Tua berborak dengan Zahiran.


    




No comments:

Post a Comment